Assalamualaikum warahmaruLlahi wabarakatuh

Maaf kerana kurang menulis sejak akhir-akhir ini. Hampir setahun blog ini sepi tanpa update. Sekadar ingin berkongsi, saya gagal menulis (planned to have a monthly posting) di blog ini pada tahun 2010 kerana faktor-faktor berikut:

  1. Sikap bertangguh. Kadang-kadang banyak input baik yang saya terima, tetapi hati bersikap "nanti dulu lah, weekend nanti update lah blog". Akhirnya gagal.
  2. Malas
  3. Berfikir tak ramai pun tahu saya ada blog. 
  4. see point i
  5. again see point i
YES! I repeatedly fail to update my blog due to several reasons, one of the STRONGEST barrier is point i. What a shame!! Anda yang membaca post kali ini jangan lah berfikiran seperti ini. Ayuh sama-sama kita baiki azam kita mulai sekarang. Bila mana ada peluang menyampaikan sesuatu yang bermanfaat, maka segera kan lah.

"Maka barangsiapa mengerjakan kebaikan seberat zarah, niscaya dia akan melihat balasannya " (Al zalzalah 99:7)

Jangan lah tertipu dengan tanggapan bahawa blog saya tiada pembaca dan tidak lah sepopular blog orang-orang ternama. Mula lah menulis. Khabar kan kewujudan blog anda kepada teman rapat dan keluarga. Pasti akan ada pembaca yang bakal mengambil manfaat daripadanya. Allah The All Knowing sudah pasti tahu.

*****************************************************************************************

**so much touched when reading this

NUKILAN BUAT PARA PENDAKWAH 
*
Orang yang berjihad kerana ALLAH..
jiwanya takkan layu.
jiwanya takkan lesu...jiwanya tak mudah patah lalu goyah...
kerana jalan tarbiyyah yang dia lalui adalah ketaatan kepada ALLAH swt..
seorang pemburu syahid...
dibelakangnya tertegak syariat cinta kepada ALLAH...
takkan senang baginya untuk cair kerana dunia...
sedangkan buruannya adalah hari akhirat..

Biarpun dia seolah2 rasa keseorangan..
biarpun dia terasa seolh2 terlau penat...
biarpun dia terasa seolah2 hilang penyusunan jadual kehidupan..
biarpun dia merasakan seolah2 hilang daya kekuatan..

NAMUN...
ALLAH SWT kuatkan dia dihadapan manusia..
walaupun dia selalu melutut lemah disisi ALLAH..
sujudnya dengan penuh air mata..

Dia seorang perwira...
pemburu cinta sang Pencipta...
dalam sarang hatinya hanya dipenuhi cinta ILLAHI...
kerana rasa CINTA ILLAHI itulah...
kerana ketaatan kepada NABI SAW itulah...
kerana keyakinan kepada AL-QURAN itulah...
dia memilih jalan perjuangan...
ingin sekali merasa akrab bersama NABI SAW ....
dengan cara mencontohi suka duka perjuangan NABI SAW...

Biarpun dirinya seolah2 tiada riangnya..
tiada normalnya...
tiada rehatnya...
namun apabila bekerja untuk ISLAM...
seolah2 dia cuti sepanjang masa...
seolah2 dia rehat setiap ketika...
kerana apa yang dia lakukan adalah untuk berehatkan di akhirat sana...

Menginfaqkan diri untuk perjuangan ISLAM...
tetap tinggi keyakinan pada ALLAH...
tetap positif membina kekuatan..
walaupun getir hidup hanya dikongsi dengan TUHAN...

YA ALLAH...
KUATKAN AKU DAN SAHABAT-SAHABATKU...
ILHAMKANLAH PETUNJUKMU KEPADA KAMI...
AMPUNILAH JUA DOSA-DOSA KAMI...


Semoga anda makin bersemangat menyambut sapaan tarbiah. Till then, asSalam. 

Haaa, satu lagi, baca lah nukilan di atas berlatarbelakangkan muzik ini. Enjoy!!


Need assistance with this form?

 
Make a Free Website with Yola.