assalamu'alaikum warahmatuLlahi wabarakatuh
seperti biasa jutaan terima kasih diucapkan kepada para pelawat yang budiman, mudah-mudahan ada sedikit kebaikan yang dapat saya kongsikan di sini.
suka untuk saya kongsikan di sini, bahawa suatu "welcoming barbaque" telahpun selamat dijalankan di 71, Cope St, Redfern 2016 NSW. Majlis telah bermula pada sekitar selepas zohor (2pm) sehingga jam 5pm yang menyaksikan hampir 40 tetamu telah selamat berkunjung-kunjungan dengan warga Cope St. Alhamdulillah cuaca pada hari berkenaan sangatlah cerah dan berangin seolah-olah turut sama meraikan majlis yang menjadi titik tolak kepada bermulanya "ukhwah" antara warga Cope St dan pelajar-pelajar Malaysia yang lain, terutama pelajar-pelajar baru 2009.
apabila membicarakan hal hubungan ini, suka untuk saya terangkan disini bahawa ALlah SWT juga ada menggambarkan hakikat persaudaraan yang sebenar dalam Islam seperti mana yang telah termaktub dalam al-Furqan yang bermaksud :
"Sesungguhnya orang-orang beriman itu bersaudara. Sebab itu damaikanlah (perbaikilah hubungan) antara kedua saudaramu itu dan bertakwalah kepada Allah, supaya kamu mendapat rahmat.” (Al-Hujurat: 10)"
Jesteru, wahai saudara-saudaraku sekalian, ayuhlah sama-sama kita membina hubungan baik sesama kita, dalam memacu diri untuk terus bersama-sama berjuang di bumi Sydney. sesungguhnya kita umpama suatu rumpun keluarga yang saling memerlukan antara satu sama lain, maka rugilah kepada mereka yang menolak untuk bersaudara atas dasar aqidah yang sama. Ingat lah sahabatku, ALlah mengketengahkan hal silaturrahim dalam Islam sebegini sebanyak beberapa kali dalam kalamNya yang sememangnya manjadi tunggak tertegaknya Islam. jadi, buang yang jeruh ambil yang jernih ya kawan-kawan ku sayang!
Special thanks and appreciations to those involved:
1) Members Cope St, Gardeners Rd, Arief Hamzah, Wan Zul
2) Backpackers
3) Rumah GOGAS
4) Rumah Renwick St
5) Rumah Wellington St
6) Rumah Zetland
7) Rumah Australia St
8) Pn Haslina and family
and any other individuals
YOU! enjoy the pix ye..