Assalamu'alaikum warahmatuLlahi wabarakatuh


     Sekalung penghargaan kepada pelawat-pelawat photoweb ini kerana masih memberi sokongan kepada ia untuk terus dilawati. Fasa pertama (Jan- Mac) tahun 2009 telah menghampiri penghujungnya dan waktu ini merupakan waktu para pelajar, khusus nya untuk kembali membelai dan meluangkan masa bersama buku-buku yang berkaitan dengan jurusan yang diambil. Saya tidak terkecuali dalam hal ini. :D

     Seperkara lagi, fasa ini juga merupakan detik yang bersejarah bagi diri saya, selaku pelajar tahun 2 pada tahun ini. Segerombolan junior telah selamat sampai ke bumi "heaven to all clubnighters" bermula pada 14 hingga 21 feb 2009. Saya berani untuk menyatakan di sini bahawa bandaraya Sydney merupakan bandaraya yang mempunyai limpahan kelab-kelab malam, yang sememangnya adalah salah satu kegemaran pengunjung-pengunjung dari luar dan dalam negara. Namun, segala itu bukan lah satu masalah yang besar kepada pelajar-pelajar baru dari Malaysia tahun ini kerana dari riak wajah mereka, sudah jelas menunujukkan kegigihan dan kesungguhan mereka dalam mencari ilmu di bumi bertuah Australia.

     Sekiranya anda yang sedang membaca entri ini tergolong dalam kalangan pelajar-pelajar baru tahun ini, atau sekiranya anda pelajar lama sekali pun, ayuh sama-sama kita betulkan niat bahawa kehadiran kita ke Sydney ini bukan lah untuk mencuba dan mengikut gaya hidup kebanyakan warga Australia yang tidak boleh lepas dari alkohol, pergaulan bebas dan pelbagai masalah sosial yang lain. Tidak sama sekali! Kamu dan saya adalah mereka yang dipilih oleh ALlah untuk merasai erti kehidupan sebagai seorang Muslim di bumi perantauan, untuk hidup dan mengamalkan akhlak Islamiyah dalam rumpun warga bukan Islam, untuk mempraktikkan betapa syumul, unik, mudah dan efektifnya Islam untuk dijadikan "deen", yang bukan sahaja pegangan agama semata-mata bagi diri kita, sebaliknya deen al-Islam ini adalah cara hidup yang sangat menyeluruh dan adil dalam semua perkara.

Saudara/i seaqidahku sekalian,

     Biarpun kita jauh di perantauan, tiada ibubapa untuk menghalangi segala keinginan nafsu yang tidak pernah puas, tiada JAKIM atau jabatan agama untuk memberkas dan menghukum, namun sedar lah wahai para pembaca yang budiman, perhatian dan pengurusan ALlah terhadap makhluk-makhluk-Nya tidak pernah terhenti, sebaliknya akan terus menerus, untuk mentadbir alam ini.

AlQuran membuktikan hal ini melalui kalam Ilahi yang berbunyi:

" ALlah, tidak ada tuhan selain Dia, Yang Mahahidup, yang terus-menerus mengurus (makhluk-Nya), tidak mengantuk dan tidak tidur. MilikNya apa yang ada di langit dan apa yang ada di bumi. Tidak ada yang dapat memberi syafaat  di sisi-Nya tanpa izin-Nya. Dia mengetahui apa di hadapan mereka dan apa yang di belakang mereka, dan mereka tidak mengetahui sesuatu apa pun tentang ilmu-Nya melainkan apa yang Dia kehendaki. Kursinya meliputi langit dan bumi. Dan dia tidak merasa berat memelihara keduanya, dan Dia Mahatinggi, Mahabesar   " AlBaqarah (2:255)

     Jesteru, saya mengingatkan diri saya dan kalian para pembaca yang budiman untuk sama-sama menyedari hakikat kewujudan kita di bumi asing, di Australia khasnya. Hijrah anda dan saya ke Sydney selama beberapa tahun ini atau mana saja tempat yang asing bagi anda adalah kurniaan ALlah yang tidak semua orang terpilih oleh-Nya. Ayuh sama-sama kita manfaat kan sebaiknya hijrah ini, untuk mencari redha Ilahi.

 " Selamat mengembara di bumi Australia wahai sahabat-sahabatku (pelajar tahun baru 2009)"

** Beberapa keping gambar untuk dikongsikan di sini, ketika warga Cope St, Syifa, Azmir, WanZul dan beberapa pelajar tahun 1 mengadakan "le Tour de Sydney". It was a perfect day dude.. ALhamdulillah. Thank You Everybody! Enjoy!!

 


ShoutMix chat widget
Make a Free Website with Yola.