Assalamu 'alaikum warahmatuLlahi wabarakatuh 

Saya tidak dapat lari dengan kesibukan sebagai pelajar universiti. 

Semester 2 yang sudah menjengah minggu ke-7 pasti menggusarkan

 diri ini kerana deretan "submissions" yang sedang tersenyum di 

papan perancangan bulanan. Semoga ada keberkatan buat diri dan

 sahabat seperjuangan dalam usaha  untuk mengembalikan Islam 

pada tempat nya yang agung dan mengaut sebanyak-banyak nya 

ilmu dunia supaya ada kebaikan yang dapat dicurah buat masyarakat 

Islam, negara dan bangsa.


sedikit nukilan apabila teringatkan kisah diriku yang lalu:

    

    wahai Tuhanku

    hidupku kini tiada gelisah

    pabila cahayaMu menyinari hati

    kini ku bebas tiada dipagari

   

    wahai Tuhanku

    pernah ku lalai dibuai asmara

    ku tahu ianya salah, tetapi masih

    akibat tersalah memilih CINTA

    akhirnya larut mengikut arus


    telefon diusung kemana ku bawa

    takut-takut tak dapat berhubung mesra

    namun pengakhiran nilainya tiada

    otak berserabut, tanggungjawab berganda


    selalu terdengar tanggungjawab lebih banyak dari masa

    kata-kata ulama' yang ada benarnya

    apabila bergelumang CINTA remaja

    mana mungkin tanggungjawab itu terlaksana?


    lepaskan lah leraikan lah

    sia-sia berkasih andai masih tak halal

    hargailah mereka sebagai muslimah

    muslimin pula cukupkan lah diri


    andai mampu, segera lah kahwin

    andai nya tidak, selalulah berpuasa

    solusi alQuran sepanjang zaman

    bagi mereka yang ingin meneroka

    

    era Umaiyyah, Abassiah, Uthmaniah

    takkan lah hanya nak dengar sejarah

    remaja Islam engkau lah tunggak

    siapa lagi kalau bukan kita?

    bila lagi kalau bukan sekarang?

    mana satu yang lebih berharga

    redha Allah atau redha manusia?


** tidak melibatkan mana-mana pihak, yang hidup atau pun yang telah meninggal dunia.


Beberapa gambar percutian keluarga ku di Melbourne dan Sydney. Akhirnya, dapat jua rindu yang sarat ini dilepaskan. Thanks a bunch for paying me a meaningful and memorable visit. Love~ selepas Allah dan RasulNya: Abah, mama, kaklong,abang ash, puad, jia dan seluruh ahli keluarga, sahabat handai dan umat Islam sejagat.

enjoy!!!



ShoutMix chat widget
 
Make a Free Website with Yola.