Assalamu'alaikum warahmatuLlahi wabarakatuh
Minggu lepas sangat-sangat memenatkan, Haish! inilah kehidupan pelajar kan? Tidak boleh lari dari saat-saat genting terutama sekali apabila beberapa "test" dan "quiz" berkunjung tiba menyapa dalam sesuatu minggu secara serentak. Cemas nya ketika itu jangan cakap lah, lebih mengalahkan suami yang sedang menunggu isterinya melahirkan anak. Tetapi, kita seharusnya ingat bahawa inilah antara faktor yang membantu kita untuk merencana diri kita seoptimum mungkin. Secara jujurnya, saya suka sekiranya mempunyai banyak aktiviti dalam sesuatu hari. Rasulullah kan pernah bersabda: "Ingat 5 perkara sebelum 5 perkara" dan salah satu daripadanya ialah "Lapang sebelum Sempit". Benar! Sekiranya kita mengoptimumkan masa yang kita punyai, kita akan kecapi kepuasan pada hari tersebut. Mudah-mudahan dapat sama-sama kita istiqamah dengan akhlak islamiyyah ini (memanfaat kan masa yang ada).
Berbalik kepada topik asal, warga Sydney telah selamat menjalankan aktiviti Autumn Camp 09 pada 11-13 april yang lalu. Kawasan perkhemahan yang terpilih ialah Boomeri Campsite yang terletak di sebahagian daripada Myall Lake National Park, NSW. Nak tahu tak? Perjalanan nya sahaja telah mengambil masa selama kira-kira 5 jam yang melibatkan kira-kira 4 buah kereta dan 1 van. Biarpun telah berlaku masalah teknikal dari segi penempatan untuk berkhemah (kerana National Park ini beroperasi atas dasar siapa cepat dia dapat) namun alhamdulillah, nikmat Allah sentiasa Dia kurniakan apabila kita mengingatiNya, kami berjaya menjumpai satu kawasan tapak perkhemahan yang agak lapang dan mampu memuatkan sejumlah 28 orang kesemuanya.
Hari pertama berlalu dengan deretan aktiviti yang sangat menguji ketahanan fizikal. Selepas bermandi manda di "Pacific Ocean", kami seterusnya bergembira pula di tasik Myall. Iya! Taman Negara ini sangat unik kerana kedudukan geografi nya yang berada di tengah-tengah antara laut dan tasik. Oleh itu tidak hairanlah aktiviti air (water rafting, kayaking, boat fishing dll) menjadi tarikan utama di sini. Malamnya pula diisi dengan aktiviti barbeque dan kotak beracun, seronoknya bersama mereka tidak dapat saya gambarkan di sini. Benarlah, ukhuwah itu amat manis apabila ia diuli atas dasar kasih sayang kita sesama Islam. Cuba aplikasikan, anda pasti akan merasainya. Hadis Rasulullah juga ada menyebut :
“Barangsiapa yang
ingin dilapangkan rezekinya dan dipanjangkan umurnya, hendaklah ia
sukakan menjalin silaturrahim” (Hadith Riwayat Al- Bukhari).
Daripada Abu Hamzah Anas Ibnu Malik r.a meriwayatkan Nabi SAW bersabda :
"Seseorang kamu tidak benar-benar beriman sehingga dia mengasihi saudaranya sebagaimana dia mengasihi dirinya sendiri" (Hadith Riwayat Al- Bukhari dan Muslim).
Hari kedua pula dipenuhi dengan aktiviti lasak. Samada percaya atau tidak, kami telah sama-sama berkayak di Tasik Myall sambil ditemani haiwan-haiwan yang jarang ditemui di Malaysia, antaranya ialah Black Swan. It was so exciting! Selain itu, Jungle Walk juga turut dirancang dan alhamdulillah kesemuanya berjalan lancar. Malamnya pula, kami bersama-sama membuat roti dan membakarnya di atas ungun api. Haaa! ini baru "real" wood fire bread. Best!!
Hari ketiga menyusul, tiada aktiviti berat dijalankan. Kami hanya bermain Gusti Lutut, Zip Zap dan Bang Bang Boom. Sebelum pulang, sempat juga kami merakamkan gambar kenangan bersama warga Aussie yang tinggal berhampiran dengan khemah-khemah kami semua. Hope to see u joining us again on the next Autumn Break. Those who failed to join this enjoyful Camp this year, make yourself free next year ok!
cheers