Assalamualaikum warahmatUllahi wabarakatuh Maaf kerana menyepi seketika, terpaksa menyelesaikan tugasan-tugasan lain yang tidak kurang pentingnya. Setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan padaMu yaAllah kerana segala perancangan sepanjang "winter break" telah selamat dilaksanakan seperti Winter Trip, Winter Gathering, Picnic di Wollongong dan lain-lain. Ada sebuah kisah yang ingin saya kongsikan. I will try to portray the story as brief as i could, and most importantly please spare some times to reflect ourselves based on this short "story-telling" session. Try it! Di sebuah "lecture theater" di Uni of Sydney, Prof Thomas berdehem di hadapan microfon sambil menghadap lebih 300 pelajarnya. "Erm! Erm!" Beliau memberi isyarat supaya masing-masing mengunci perbualan seketika, raut wajah tuanya yang serius seolah-olah ingin menyampaikan sesuatu yang penting. "For those enrolled in AMME 4489, the subject that i'll be teaching this semester, i'm here to let you know that all of you will be failed in this course", kata Prof Thomas dengan tegas dan kukuh. Dewan menjadi gemuruh seketika. kebanyakan pelajar wanita menekup mulut, sebagai simbol "speechless". Barisan siswa pula mula berkerut dahi dan menggigit bibir, sebahagian yang lain pula membawa kertas "Unit of Study", meluru ke arah pensyarah yang dianggap paling terhormat di School of Mechanical Engineering untuk dibawa berbincang. Ramai yang kurang percaya dengan bait-bait yang mereka dengari sebentar tadi. Tidak mungkin pelajar akan diberi gred "F" sedangkan sesi pembelajan penggal itu baru sahaja bermula. "So much frustrating!! Ini semester terakhir aku, tak sanggup aku nak gagal lagi, Prof Thomas tak boleh buat macam ni!" "There must be something wrong, i'll ask student union to talk to the School's Dean" "He was doing the world's lamest joke in the world i reckon" Beberapa pelajar memberi respon ringkas. Prof Thomas kembali menghampiri mikrofon dan seperti yang dijangka, dewan kuliah kembali sepi. Kesemua pelajar seolah-olah mengharap bait-bait yang mereka dengari sebentar tadi adalah gurauan semata-semata. "I'm not joking, You will be failed in this course UNLESS you are able to send me your complete logbook, containing progresses on your thesis project, and I emphasize it here that the progress report should start now!" Ya! Bermula hari itu, kesemua pelajar mula mengambil serius perihal logbook mereka. Mereka mengemaskini logbook mereka setiap hari seperti mana yang dikehendaki kerana mereka tahu, isu logbook adalah "mandatory" dalam subjek ini. Logbook yang comot, tidak lengkap dan tidak mengikut format akan diberi gred "F" dan akan merencatkan graduasi mereka. Isu logbook sangat penting. Tersangat-sangat penting. Lulus atau gagal dalam subjek yang diajar oleh Prof Thomas bergantung kepada logbook tersebut. Sekian.. ||| Cuba bandingkan dengan terjemahan surah Al-'Asr " Demi masa. Sungguh manusia berada dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran " (alQuran 103:1-3) Get the point ? ? Manusia sebenarnya berada dalam kerugian. KECUALI orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran. Kisah selingan yang berkisar tentang Prof Thomas dan pelajarnya membuktikan bahawa pelajar berkenaan sangat-sangat "alert" dengan syarat-syarat yang digariskan oleh Prof Thomas untuk lulus dalam subjek tersebut. Allah juga menggariskan sifat-sifat dan peranan kita sebagai umat Islam. Kita akan selamanya dalam kerugian melainkan kita melaksanakan ciri-ciri yang Allah gariskan dalam ayat ke-3 surah berkenaan yang berbunyi "Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran" Jadi... Takkan nak jadi manusia yang sepanjang masa berada dalam kerugian ? ? Moga bermanfaat... Sedikit santapan rohani berbentuk video lagu, supaya kita berhenti dan berfikir sejenak, apakah perbuatan kita selama ini betul dan mendapat tempat di sisi Allah *check the lyrics too jzkk |
||||
feedjeet
|