assalamu'alaikum warahmatuLlahi wabarakatuh dan selamat sejahtera.

    GAZA? PALESTINE? adakah kata-kata sebegini agak janggal bagi diri anda? didoakan kalian semua tergolong dalam golongan yang akan mengatakan 'tidak' dengan soalan saya tersebut dan sentiasa peka dengan isu-isu agama kita masa kini.biarpun topik ini semakin menjadi bualan hangat dan telah membuka pelbagai perspektif dan mata dunia tentang siapakah dalang keganasan yang sebenar, namun, sebagai manusia yang masih dikurniakan ruang dan masa, maka ingin juga saya coretkan serba sedikit, mudah-mudahan ada sedikit ilmu yang dapat dikongsikan bersama, InsyaALlah. Baginda Nabi juga pernah bersabda kejarlah 5 perkara sebelum datang 5 perkara berikut nya, dan salah satu darinya ialah masa lapang sebelum masa sempit. kepada para pembaca, sekiranya detik ini adalah masa lapang anda, bacalah dan cernalah kandungannya. Moga ada kebaikan daripada semua ini.

    saya lebih cenderung untuk berkongsi satu analogi yang sememangnya jelas menunjukkan bahawa betapa mudahnya kita beralih kepada perkara yang akan menghancurkan diri, kemudian keluarga, masyarakat Islam dan akhirnya menjadikan kita Muslim yang biasa-biasa, yang mana selesa dia ambil, yang mana payah dia tolak ke tepi. teringat kata-kata sinis daripada kawan saya yang berbunyi "islam bukan macam simkad telefon, boleh pasang dan cabut". ayuh, kita hayati analogi bagaimana yahudi dan musuh ALlah masa kini, mengikat  dan sekaligus menghanyutkan kita untuk mencintai dunia dan lupa pada akhirat.

begini ceritanya..

    Seorang guru tadika memulakan satu aktiviti bersama anak-anak didiknya. permainan nya mudah namun tetap memerlukan korsentrasi dan usaha daripada anak-anak muridnya. cara nya ialah, apabila guru tersebut menyebut 'kanan' kepada meraka, pelajar-pelajar tersebut dikehendaki mengangkat tangan kanan. dan begitulah juga sekiranya guru tersebut menyebut 'kiri', tangan kiri harus diangkat. Guru itu pun memulakan aktiviti nya.

'KANAN'

'KANAN'

'KIRI'

'KIRI'

'KANAN'

'KIRI'  dan selepas beberapa ketika kesemua anak muridnya dapat mengikut cara permainan tersebut dengan baik. kesemuanya dapat mengangkat tangan dengan cepat dan pada kesebelahan yang tepat.

    kemudian, guru tersebut menukarkan kaedah permainan, iaitu apabila perkataan 'kanan' disebutkan, pelajar tersebut dikehendaki mengangkat tangan kiri dan begitulah sebaliknya. permainan dimulakan dan berselerak lah tangan-tangan murid berkenaan mengangkat, mereka masih baru dengan konsep permainan kali ini, ada yang terangkat dua-dua belah tangan, ada jugak yang masih terikut-ikut konsep permainan sebelumnya. namun, setelah 10minint permainan berlangsung, kesemua kanak-kanak tersebut mampu mengikut rentak seperti yang dikehendaki. sekarang tibalah masa untuk guru tersebut menggulungkan objektif permainan tersebut. kata nya,

"Wahai anak muridku, beginilah cara musuh Islam melarutkan jiwa umat Islam supaya jauh dari pegangan yang sebenar. Mereka akan menukar segala bentuk amalan yang berkaitan dengan Islam kepada amalan dan gaya hidup mereka yang bebas bergaul, tidak mempercayai Tuhan, dan banyak lagi. Pada mulanya, umat Islam pasti akan merasa kekok, namun lama-kelamaan, kita sendiri akan larut dan hanyut bersama gaya dan cara hidup dan mereka bawa."

"Pada saat itu, sekiranya kebenaran dikhabarkan kepada kita, walaupun kita mengaku kita umat Islam, namun kita pasti tetap akan merasa kekok dan tidak selesa untuk kembali kepada gaya hidup Islam yang asal. semuanya adalah hasil daripada serangan pemikiran yang mereka lancarkan pada umat Islam, lebih hebat lagi serangan ketika masa kini, di zaman berteknologi tiggi."


renungkan lah wahai saudaraku. Palestine memerlukan kita untuk bangun bersama-bersama sebagai satu ummah yang kuat dan bersatu padu. Boikot barangan yahudi dan musuh Islam juga merupakan amalan baik yang setiap orang dari kita mampu lakukan. Kita tidak mungkin mampu untuk mengangkat senjata bersama warga Palestin, tetapi inilah selemah-lemah kudrat yang dapat kita salurkan kepada kemajuan ummat Islam kini. ingatlah wahai saudara seiman ku, dalam alQuran telah dirakamkan :

"Maka barangsiapa mengerjakan kebaikan seberat zarah, niscaya dia akan melihat balasannya " (Al zalzalah 99:7)

Alhamdulillah, 2 minggu lepas saya dapat menyertai rally di sydney city untuk mengutuk dan membantah serangan rejim terlaknat dan pengejut, Yahudi zionist laknatUllah.


enjoy the pix buddy!


   


 


ShoutMix chat widget
Make a Free Website with Yola.