Assalamu'alaikum warahmatuLlahi wabarakatuh and good day semua wahai pengunjung yang budiman.
Setelah mengharungi cuti musim panas yang hanya sebulan berbaki, memori silam di bangku persekolahan makin memanggil. saya mengakui, ramai di kalangan kawan-kawan, sahabat-sahabat dan jugak kenalan-kenalan saya di sekolah masing- masing telah membawa haluan. pelbagai bidang telah diteroka termasuklah perubatan, kejuruteraan, peguam dan tidak ketinggalan juga, ada yang mengambil pengurusan insurans. Namun, selagi mana diri saya mampu mencari, akan terus saya mencari agar hubungan dan tali yang mengikat kita tidak sesekali terurai. Ukhwah, bukanlah hanya semata-semata 'kawan biasa-biasa', tetapi ia adalah hubungan yang lahir dari hati ke hati. sebolehnya, kebersamaan bersama kalian amat diinginkan sentiasa, lebih-lebih lagi setelah hampir 4 tahun berpisah. Ayuh bersaudara lah kita kembali wahai teman-teman. Moga Allah memudahkan untuk kita kembali bertaut.
Saya mendaftarkan diri di sekolah tercinta pada 4 januari 2001, ketika itu, nizam sedang menyambut hari lahir nya yang ke 13. terasa kerdil sekalikan? nak naik bas ke pekan rabu dari pokok sena pun masih lagi takut-takut. kemudian bertemu pulak dengan khidhir dan syukri naim, dengan mesra nya menyambut dan bersalaman dengan saya. kemudian, didaftarkan bersama pelajar-pelajar lain di kelas 1P (dikenali dengan nama proactive sekarang). maka bertemu lah saya dengan one, poke, pakdin, extion, farid, syuk naim, hisham, anuat, kurt, che pah dan paksyeikh, dan puterinya pula, rashidah, razan, farahin, auni, bazilah, farahana, fazliana, hazwani, syafikah, syaza, dan mungkin ada sebahagian yang saya terlepas pandang. kemudian menyertai pula pasukan ragbi sekolah, masih saya ingat, sesi latihan pertama yang saya sertai ialah ketika di hari ke 6 selepas saya mendaftarkan diri. ramai pada mulanya, namun sebahagian besarnya telah menarik diri, maka tinggalkan mereka ini, sebagai peneman setia setiap hari di padang dari jam 5.15 hingga 6.45 petang. pasukan ragbi FORTRESS- awi, ali, ayan, nik, shah, apai, mad, barthez, banchaa, zuhairy, kurt, poke, saya, muk, pakdin dan nabil imran.
Di tingkatan 3, saya diberi amanah pula sebagai seorang pengawas, dan amanah itu menjadi semakin mencabar apabila system domitari telah diubah yang menggabungkan pelajar tingkatan 2 hingga 5 dalam satu kamar. MasyaALlah, sangat berat dan tak tenteram. Ditakdirkan pula, kamar saya ketika itu (A24) dipenuhi (bukan semua) dengan senior-senior yang merokok, anti-pengawas, tidak menerima teguran dan tidak mempunyai selipar sendiri. setiap hari ada sahaja barang saya yang hilang termasuk lah stoking, selipar bata, baju T putih yang sesuai untuk beriadah dan juga sabun 'shower gel'.
Di bangku tingkatan 4, kehidupan sebagai pelajar semakin 'happenning'. ada sahaja pelajar sekolah rendah yang datang, untuk melawati sekolah ketika itu. apalagi, terpaksalah saya meminta kebenaran untuk 'escape' kelas. Pernah kadang-kadang diperli-perli 'sayang' oleh para guru, tapi apakan daya, terpaksa saya telan semua nya diam-diam. terlalu banyak pengalaman saya perolehi seperti kemahiran mengurus sekumpulan besar ahli, menjadi 'sudden-emcee' dan 'sudden-moderator', dan juga motivator.
Tingkatan 5 menjelang dan kesibukan semakin memuncak, lebih-lebih lagi apabila tangan ini telah diangkat melafazkan ikrar di hadapan para guru dan sekitar 580 orang pelajar ketika itu. memori saya tidak selalunya indah, pernah juga beberapa kali berlaku pergaduhan dan tikam lidah dengan rakan-rakan sebaya. biasalah tidak semua orang suka apabila kita cuba menjadi adil. Markah pula sentiasa turun naik. paling merisaukan ialah fizik dan biologi. pernah di waktu peperiksaan pertengahan tahun, hanya 50 sahaja yang mampu saya skor untuk fizik. terima kasih cikgu khiruddin, sahabat-sahabat 5P dan jugak dorongan ibubapa. MasyaALlah, indahnya dunia saya ketika itu.
Tahun itu juga lah saya semakin rapat dengan sahabat dari rumpun lain, selain dari yang disebutkan di atas, seperti wan elmy, piduih, raja, imam, acap boq, afiq bean, ayan, pejal, imran, ong, zul KJ, zack panda, afiq kassim, izkar, atip, tora, sod, mus, sonic ikan, koga, pali, pit, am, acapkali, syapit gani dan lain-lain lagi. ingin saya lakarkan semua, tetapi masa agak suntuk.
Kepada kenalan dan teman puteri, saya tetap seperti dulu, seorang yang peramah, dan akan tetap bersahabat dengan anda semua. walaupun banyak details di atas adalah berkenaan pelajar putera namun, peranan anda tetap tidak dilupa. bagi saya, pelajar puteri dari batch kita, adalah yang terbaik dari segi banyak perkara, umpamanya akhlak, tertib dengan guru dan kadar sosial bersama pelajar putera. semuanya masih terjaga. Moga kalian akan terus istiqamah dalam menjaga diri sebagai seorang muslimah yang berjaya dunia dan akhirat.
here are some photos. enjoy and copy them if u wish :D