Assalamualaikum warahmatUllahi wabarakatuh
Saya sekarang sedang bertarung dengan beberapa submission of group project, major assignments dan persediaan untuk menempuhi finals. Saya pasti, begitu juga dengan sahabat-sahabat saya yang lain. Sesibuk mana pun diri kita, jangan lah sampai tiada masa untuk bermuhasabah diri. Apa maksudnya ni? Secara mudah nya, ia bermaksud kita mengintai-intai amalan yang telah lepas. Hitunglah sendiri, banyak mana maksiat dan amal yang telah dilakukan. Sedikit renungan untuk kenalan-kenalan saya yang bergelar wanita atau anNisa atau hawa. Moga ada manfaat. Cheers mate.
*maaf kurang foto untuk dimuatkan. tetapi ada video untuk kalian yang bergelar hawa. hayati makna nya ye..
Adaptasi dari http://pengembaraanku.wordpress.com/2009/05/28/hawa/
(terima kasih saudaraku, azri pawan-teh)
______________________________________________________________________
HAWA
Hawa,
Andai engkau masih remaja, jadilah anak yang
solehah buat kedua ibu bapamu, andai engkau
sudah bersuami jadilah isteri yang meringankan
beban suamimu, andai engkau masih ibu, didiklah
anakmu sehingga dia tidak gentar
memperjuangkan ad-din Allah.
Hawa,
Andai engkau belum berkahwin jangan kau risau
jodohmu, ingatlah Hawa janji Tuhan kita, wanita
yang baik adalah untuk lelaki yang baik. Jangan
dimulakan sebuah pertemuan dengan lelaki yang
bukan muhrim kerana aku khuatir dari mata jatuh
ke hati, maka lahirnya senyuman maka
tercetusnya salam dan sekaligus disusuli dengan
pertemuan takut lahirnya nafsu kejahatan yang
menguasai diri.
Hawa
Lelaki yang baik tidak melihat paras rupa, lelaki
yang soleh tidak memilih wanita melalui
keseksiannnya, lelaki yang warak tidak menilai
wanita melalui keayuannya, kemanjaannya, serta
kemampuannya mengoncang iman lelaki. Tetapi
lelaki yang baik akan menilai wanita melalui
akhlaknya, peribadinya dan yang penting
pegangan agamanya.
Lelaki yang baik juga tidak menginginkan
pertemuan dengan wanita yang bukan muhrimnya
kerana dia takut memberi kesempatan kepada
syaitan untuk mengodanya. Lelaki yang warak
juga tidak mahu bermain cinta kerana dia tahu apa
matlamat dalam sebuah pertemuan lelaki dan
wanita yakni sebuah perkahwinan.
Oleh itu Hawa,
Jagalah pandanganmu, awasilah auratmu,
peliharalah akhlakmu, kuatkan pendirianmu. Andai
ditakdirkan tiada cinta daripada Adam untukmu,
cukuplah hanya cinta Allah memenuhi dan
menyinari kekosongan jiwamu, biarlah hanya cinta
daripada kedua ibu bapamu yang memberi hangat
kebahagiaan buat dirimu, cukuplah sekadar cinta
adik- beradik serta keluarga yang membahagiakan
dirimu.
Hawa.
Cintailah Allah di kala susah dan senang kerana
kau akan memperolehi cinta daripada insan yang
juga menyintai Allah. Cintailah kedua ibu bapamu
kerana kau akan perolehi keredhaan Allah.
Cintailah keluargamu kerana kau tak akan jumpa
cinta yang bahagia selain dari cinta keluarga.
Janganlah sesekali tangan yang menggoncang
dunia juga yang menggoncang iman lelaki.
sekian.