assalamu 'alaikum warahmatuLlahi wabarakatuh
"Selamat Hari Raya Eidul Fitri Maaf Zahir dan Batin"
ikhlas daripada : mohd fauzi MOHD BASHIR, Sydney, Australia +++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++ ada apa-apa lagi ucapan? ermm.. adalah lebih baik untuk saya ringkaskan perihal tingkah laku kita di bulan Ramadhan yang baru sahaja meninggalkan kita. Berikut adalah aktiviti atau pengamalan umat Islam ketika Ramadhan datang menjengah. Mudah-mudahan saya yang sedang menulis ini lebih dahulu menerima peringatan ini sebelum pembaca-pembaca sekalian. Bukan apa, takut-takut nanti kita terlupa, dan amalan berkenaan larut begitu sahaja di bulan-bulan yang lain. Alangkah ruginya kita! 1) Ramai orang membaca alQuran di bulan Ramadhan. Alhamdulillah. Semoga kalian terus membacanya. Sertakan bacaan kalam Tuhanmu dengan turut menghayati tafsir ayat-ayat tersebut. Sabda Nabi SAW, sesiapa yang membaca alQuran, biarpun masih merangkak-rangkak dalam membacanya akan dikurniakan dua pahala, berbanding mereka yang telah lancar membacanya. Satu pahala kerana dia membaca alQuran, dan satu lagi kerana dia masih tetap mencuba membacanya meskipun sulit. Beruntungkan ? 2) Ramai juga orang bersedekah di bulan Ramadhan. Cepat betul tabung masjid dan juga tabung kutipan iftar dipenuhi dengan pelbagai jenis sumbangan. Ada yang lebih cenderung untuk menyumbangkan wang dan ada juga sebahagian yang lainnya cenderung untuk mencurahkan keringat tulang empat kerat. MasyaALlah semoga Allah mengasihi kalian. Nabi SAW juga pernah menyebut dalam hadis yang mungkin kalian sudah kerap kali mendengarnya yang berbunyi, “Apabila mati seseorang insan, maka akan terputuslah segala amalannya kecuali tiga perkara, iaitu sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan daripadanya dan doa anak soleh yang sentiasa mendoakannya”. Maka, sudah terang lagi bersuluh lah tentang peri pentingnya untuk kita melakukan sedekah kerana amalan itu adalah daripada diri kita sendiri. Takkan lah semata-mata hendak mengharapkan anak-anak untuk mendoakan kita, kerana tiada siapa mampu menjamin anak-anak kita kelak bakal menjadi soleh dan solehah yang akan sentiasa mendoakan kita. Betul kan? 3) Ramai juga di kalangan yang semakin menjaga akhlak dan perilaku. Sifat 'iffah (menjaga maruah diri) sebenarnya adalah akhlak terpenting dalam Islam. Tetapi hal yang demikian agak mudah dilaksanakan di bulan ramadhan kerana masing-masing takut berkelakuan buruk yang dapat mengurangi pahala puasa. Jadi bagaimana pula untuk kita berakhlak mulia di bulan-bulan seterusnya? Saya melihat suasana di mana kita berada sebagai suatu faktor yang amat penting dalam pembentukan akhlak mulia. Sebab itu lah Islam menggariskan sifat saling menasihati sesama muslim supaya sesuatu perkara yang salah dapat dibetulkan dengan segera. Pernah dengar kan maksud surah Al'Asr ? "demi masa, sesungguhnya manusia itu berada dalam kerugian, kecuali mereka yang beriman dan beramal soleh yang berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan kesabaran". Jadi ayuh sama-sama kita berpesan-berpesan dengan kebenaran! Sekadar itu dahulu. Sama-sama kita istiqamah ye. mudah-mudahan insyaAllah. sedikit gambar sempena sambutan hari raya aidilfitri di Sydney dan juadah yang kami sediakan. enjoy! Inilah juadah kami. Lemang dalam tin, rendang daging ibu dan nasi impit |
||||