Assalamu'alaikum warahmatuLlahi wabarakatuh dan salam ceria buat para pengunjung.
Alhamdulillah, terasa lapang sekali dada ini apabila melihat rumah saya telah berwajah baru. Dari jam 10 pagi, satu gotong royong 'orang bujang' telah dijalankan, fuhh! memang penat, dari ruang 'backyard' sampai ke 'frontyard' semuanya telah dikemas dan dibersihkan, termasuklah 2 tandas, 3 bilik tidur dan dapur.
Namun, topik bualan kali ini bukan lah mengenai kekemasan dan kebersihan, kerana dapat dirasakan semua penghuni dunia yang berfikirn waras akan mencintai kebersihan, lebih-lebih lagi umat manusia yang beragama Islam, kerana hadis Nabi tercinta sendiri ada menyebut hal ini sebagai salah satu bahagian dalam iman seorang muslim. Anda pasti tahu bukan?
Sebagai pelajar di perantauan, pengalaman bekerja adalah sesuatu yang biasa dan 'standart', bak kata remaja sebaya saya. Alhamdulillah, saya diberi peluang untuk menjebakkan diri dalam alam pekerjaan, kerja biasa-biasa sahaja, sebagai seorang pembantu di sebuah kedai runcit di Zetland. Kalau di sini, status saya lebih dikenali sebagai 'conve cashier', yang bermaksud, juruwang di 'convenience store'. Setelah beberapa ketika bekerja, saya mula terfikir bahawa perniagaan adala suatu yang amat menguntungkan, jika dibandingkan dengan seseorang yang makan gaji. Hmm, kedai yang sekecil 'parking lot' dua buah kereta mampu menjana sehingga 1200$ sehari. MasyaALlah, murahnya rezeki majikanku! Biarpun begitu, perniagaan di dunia bukan lah segala-gala nya kerana biarpun rezeki daripada berniaga diakui memberi hasil yang 'gempak' namun, masih ada tatasusila yang telah digariskan oleh Islam. Suka saya khabarkan disini bahawa keberkatan dari Allah adalah segala-galanya, kerana kita bakal ditanya di hari akhirat berkenaan dengan harta pemilikan, dari mana kita peroleh, dan kemana kita menghabiskannya.
Saya bukan lah pelajar aliran akaun dan tidak tahu menahu pun apa-apa berkaitan dengan strategi perniagaan. Namun, saya amat tertarik dengan kisah kebijaksanaan Abdul Rahman Auf, sahabat nabi SAW yang sangat berjaya dalam perniagaan. Ayuh kita singkap, betapa genius nya sarjana Islam, yang mungkin lebih hebat dari Encik Donald Trump. "Lets get it started people!"
Abdul Rahman Auf pernah mendominasi perniagaan unta di tanah Arab, yang rata-rata nya dibolot oleh kaum Yahudi suatu ketika dahulu. Kesemua pedagang yang menginginkan unta pasti akan mencari Abdul Rahman r.a kerana kemashuran nya yang diketahui umum. Apabila dikaji, beliau mendedahkan bahawa "Unta yang saya ada ini dijual kepada pelanggan hanya pada harga kos". Apa? Ganjil bukan? Bagaimana pula perniagaan beliau berkembang sekiranya tiada untung diperolehi daripada penjualan unta? Namun, apabila ditanya, beliau menerangkan bahawa "Untung tidak diperolehi melalui penjualan unta, kerana unta dijual pada harga kos, tetapi untung diperolehi daripada penjualan 'tali pengikat unta' yang cantik dan pelbagai warna". Menarik bukan? Ayuh aplikasikan dalam kehidupan anda teman!
Namun, ingat lah saudaraku, kehidupan di dunia bukan lah selamanya. Untungnya seorang Islam ialah kita mempunyai dua usaha, iaitu usaha ke arah akhirat, dan juga usaha ke arah dunia, yang masing-masing penting terhadap kehidupan kita. Namun, negara akhirat lah yang kekal abadi, yang merupakan 'klimak' terhadap kehidupan kita dan sesuatu yang amat ditunggu-tunggu oleh orang beriman. Allah merakam kan dalam AlQuran yang berbunyi :
Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya? Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan rasulNya, serta kamu berjuang membela dan menegakkan ugama Allah dengan harta benda dan diri kamu; yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui (hakikat yang sebenarnya).
(As saff 61: 10, 11)
Berikut adalah beberapa foto yang sempat dirakamkan ketika saya sedang berkerja. Love to have you as my shop-assistant!
Penghargaan juga buat sahabat dan keluarga ku di sini, yang sanggup berkunjung dari Melbourne untuk melawat saya di kedai. Thanks to Afzal, Fikri, Azri, Iinul, Nazri, Bash dan Zarul.
salam~