Assalamualaikum warahmatUllahi wabarakatuh

Mungkin sudah terlalu lambat buat saya mengucapkan selamat menyambut tahun baru 2010. Tetapi, sekiranya hanya ucapan kosong yang dilantunkan bertalu-talu, dilengkapi dengan suasana jerit pekik golongan muda belia di tengah bandaraya tatkala 12 tengah malam 1 Januari menjelma, disaluti pula kuntum-kuntum bunga api yang seolah-olah mengalakkan warga kota untuk lebih terkinja-kinja, saya rasa adalah lebih baik ucapan tahun baru ini disertai dengan sesuatu yang memberi pengajaran, biarpun sudah 3 bulan berlalu.

Pembaca sekalian, 

Tahun 3 pengajian "Mechanical Engineering" baru 4 hari bermula.

"Susah"

"One day before weekend mesti korang akan menggelabah, assignment belambak gile"

"Ok je lah. Yang mana rajin, dapat lebih lah"

"Tiap weekend ada submission, macam nak tampar je lecturer yang asyik bagi assignment ni"

Beberapa komen dan respon senior-senior apabila ditanya tentang pengajian Tahun 3.  Bagaimana pula dengan diri sendiri?

"psycho"

"takut, erm.. boleh ke ni?"

"kena persediaan awal,have to physically dan mentally prepared"

Cukup berkenaan hal pengajian. Ada isu lain pula. 

|||

Segerombolan pelajar-pelajar baru telah selamat sampai ke "Down-under" land. Berbekalkan semangat untuk belajar yang tinggi, disulami pula dengan nasihat ibubapa dan saudara-mara, pelajar-pelajar "freshies" tampak bersemangat sekali mengharungi week pertama di universiti. Antara soalan "favourite" yang kerap kali disoalkan oleh mereka ;

"Halal food kat mane ek bang? susah kan dengar citer"

"Slang aussies susah kan bang, tadi attend o-week welcoming speech, 20% je paham, apebenda ntah dia cakap"

"Terkejut kitaorang lalu kat park tadi, ada org berjemur, topless lak tu. bengong!"

Ikuti cerita berkenaan....

Fauzy keseorangan di bawah lampu jalan di hadapan rumahnya di Alexandria. Kawasan cerah akibat simbahan cahaya yang bersaiz 5m diameter itu menjadi tempat untuk dia mula berfikir. Dilihatnya bayang-bayang sendiri. Dia mula melangkah beberapa tapak menjauhi lampu berkenaan. Kelihatan bayang-bayangnya makin meninggi. Sambil terus memerhatikan bayang-bayangnya sendiri, Fauzy tidak sedar bahawa dia semakin galak melangkah menjauhi lampu jalan berkenaan. Fauzy belum puas, dia gagal memintas bayang-bayangnya sendiri. Dihayunkan lagi langkah demi langkah. Matanya mencari titik focus di atas jalanraya memerhatikan apa mungkin dia boleh memijak semula bayang-bayangnya. Langkah dilajukan...

terus melangkah... dan

"Argh! buang masa aku saja"

Fauzy penat dan terus menyerah kalah. Dia kemudiannya cuba mendapatkan kembali postur tubuhnya yang asal, selepas hampir 5minit memandang permukaan bitumen. Dilihat di hadapannya kelam. Sama sekali gelap dan tidak berpenghuni. Ditolehnya ke belakang, dia kaget apabila mendapati dirinya sudah hampir 30 meter dari kedudukan asalnya, iaitu di bawah simbahan cahaya lampu jalan.

Fauzy melangkah lesu, derapan yang tidak lagi bertenaga, menghampiri kawasan hadapan rumahnya. Dikibas-kibaskan bajunya supaya berlaku pengudaraan yang baik untuk menyejat peluh tatkala beraktiviti sebentar tadi. Fauzy sedar sesuatu. Mata nya merenung tajam, kaki nya bekerja seiringan. Dia ketemukan sesuatu. Senyum terukir dan dia semakin galak melangkah menghampiri lampu jalan.

25m     15m    10m     5m    2m      0.2m... dan dia membiarkan tubuhnya disimbahi cahaya lampu jalan berkenaan.  Dia girang dan puas kerana bayang-bayangnya mula memendek apabila dia berjalan ke arah lampu jalan. Dia semakin lega apabila akhirnya bayang-bayang di bawah kakinya. 

Selesai kisah berkenaan. Faham kah?

|||

Begini, cahaya lampu jalan umpama cahaya dan hidayah Allah swt. Bayang-bayang pula ialah keinginan nafsu yang sentiasa menodai manusia. Apabila seseorang hampa ALlah itu mengikuti segala turutan nafsunya, maka seseorang itu akan mendapati, nafsunya tidak pernah akan puas sepertimana yang digambarkan oleh refleksi bayang-bayang Fauzy yang terus memanjang dan memanjang apabila Fauzy yang tanpa sedar menjauhi hidayah Allah (cahaya lampu).

Kita akan dijamin keselamatan dan kebahagiaan bukan sahaja di dunia malah di akhirat apabila kita sentiasa menuju Allah dan bertungkus-lumus mencari hidayah Allah. Mendekati cahaya lampu jalan akhirnya memenangkan Fauzy untuk mengalahkan bayang-bayangnya. Anda yang baru tiba di Australiaatau telah lama di sini, buat lah pilihan dan percaturan yang bijak! 

|||

ISMA NSW telah selamat mengadakan majlis "welcoming barbeque" dengan tujuan untuk merapatkan lagi silaturrahim antara pelajar baru dan lama. Majlis yang dihadiri sekitar 150 orang itu ternyata meriah apabila diserikan dengan ucapan Mohammad Anas Yusuf sebagai wakil ISMA NSW dan pelbagai permainan "ice breaking" yang menganjarkan hadiah-hadiah lumayan. Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar. Sejuta aprisiasi juga diucapkan buat mereka yang hadir terutamanya Puan Haslina dan keluarga, Puan Nik Noraizah dan keluarga dan Puan Zaidah dan keluarga. Semoga kita bertemu lagi. im off for now. tata. enjoy the pix!!



Need assistance with this form?

Make a Free Website with Yola.